Wednesday, November 21, 2012

TUNJUK AKU JALAN YANG LURUS - Hikmah Disebalik K.E.S.U.N.Y.I.A.N -



Oleh: SibulanTerang

Kesunyian yg membawa sy lebih dekat kepada Allah... dalam kesunyian saya mencari erti sebenar kehidupan, apa tujuan hidup.

  Hampir 5 tahun hubungan dengan boyfriend saya, selama itu saya selalu mengharapkan dia untuk sentiasa ada temankan saya. Hubungan kami hubungan jarak jauh, tapi sepanjang 4tahun lebih kami Berjaya menjaga hubungan kami. Walaubagaimanapun, semakin lama, saya semakin perasan akan perubahan dia, saya rasa dia makin jauh dengan saya, mungkin sebab dia busy dengan kerjanya. Saya pula masa tu baru sambung belajar di IPTA di utara, sebagai pelajar master  “research” mode, memang saya sangat- sangat sunyi bila berada di sini. Walaupun sebelum ini sy pun sebenarnya ambil degree kat university yang sama ini, tapi sebelum ini sy sentiasa dikelilingi kawan2 yg sekepala, yg sentiasa ada di sisi. Kawan yang susah senang bersama. Tapi bila sy sambung master di tempat yg sama, kawan2 baik sy yg dulu semua dah tiada, semua dah bekerja. Hanya sy seorang je yg sambung blaja. Ditambah pula, student research macam sy nih tidak ada kelas, lagilah sy tak dapat nak bersosial (berkenalan lebih ramai orang). 

  Nak dijadikan cerita, bilik asrama yg  sy dapat pun, tidak mempunyai roommate, sy tinggal seorang dalam bilik. Tiada kawan rapat, boyfriend busy, tiada kakak atau adik perempuan utk berkongsi cerita (sebab sy hanya mempunyai seorang abg), sy cuma ada mak abah sy yg kerap jugak dihubungi. Tapi paham- paham lah kan, dengan mak ayah, kadang- kadang tak semua benda kita cerita pada mereka, sebab kita tak nak mereka risau tentang hal kita. Bila mereka tanya apa khabar, jawapan yg sentiasa dijawab “ok jer..”. walaupun sebenarnya dalam hati Allah je yang tahu...

  Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Boyfriend sy makin menjauh, sy memang perasan akan perubahannya. Di saat sy betul- betul perlukan dia, dia seakan cuba elakkan diri dengan pelbagai alasan. Memang hati saya kecewa, lebih- lebih lagi bila ingat kenangan lama sepanjang hubungan kami. Kerana sayang, kerana terlalu percayakan dia, mudahnya sy biarkan aurat sy dilihat, tangan di pegang, badan dirangkul, Astarghfillahalazim.. dalam kesunyian tu sy banyak muhasabah diri, sy ingat balik dosa- dosa lama. Sy malu sangat.. sy rasa selama ini sy telah mencalarkan nama baik wanita Islam. Bagaimana seorang yang betudung macam sy, dengan tanpa segan silunya berjalan berpimpin tangan di khalayak ramai. Ya Allah, maafkanlah aku! 

  Sy bertambah malu dgn diri sy sendiri bila sy sedar, dalam sunyi nih, hanya Allah sahaja sentiasa ada untuk sy. Sy mula sedar yg kesilapan sy selama ini, sy terlalu percaya pada dia (boyfriend), meletakkan harapan pada dia, dan terlalu bergantung pada orang lain untuk gembira. Padahal semua kegembiraan itu palsu, hanya sementara.. seharusnya sy meletakkan harapan hanya pada Allah, bergantung hanya pada Allah. Saat itu sy mula sedar, yang semua ini palsu, semua ini memang salah sy. 

  Dengan rasa malu dan dengan penuh keinsafan, dalam kesunyian tinggal berseorang dalam bilik setiap malam,sy mula mengisi kekosongan hati dengan mendekatkan diri dengan Allah. Kalau dahulu, bila tertinggal solat, sy jarang mengqada’kan, tapi sy mula berubah.. sy menjaga solat sebalik mungkin, sy tambahkan dengan solat- solat sunat. sy juga memang gemar membaca artikel- artikel keislaman dan buku- buku agama, tapi kebelakangan itu, bahan bacaan yang dibaca semakin memberi kesan ke dalam hati sy. Sy juga semakin gemar menonton kuliah- kuliah agama di youtube seperti dari ustaz Azhar, ustaz  Kasim, Dr.Maza dan lain- lain.

  Semakin sy dekatkan diri dengan Allah, akhirnya sy diuji lagi bila Allah palingkan hati teman lelaki sy tu. Semudah tu dia tinggalkan sy dengan alasan belum bersedia untuk komitmen yang serius. Hanya Allah yang tahu perasaan sy masa tu, setelah bertahun- tahun, setelah bodohnya sy benarkan diri sy disentuh oleh dia, tiba- tiba dia semudah itu mahu tinggalkan sy. Ya Allah, betapa hancur luluh hati sy... walaupun perit, sy bangun mencari kekuatan dengan mendekatkan diri dengan Allah. Sy tahu, semua ini tanda Allah sayangkan sy. Dia boleh sahaja biarkan sy hanyut dengan dunia cinta yg fana ini, tapi tidak, Allah tak buat begitu. Dia masih sudi pilih sy untuk diselamatkan.. Sy bersyukur sangat- sangat kerana Allah masih sayangkan sy...

  Jika dulu boleh kira berapa kali sangatlah, sy bangun malam utk solat. Tapi bila hidayah Allah untuk sampai, tiada apa yang mampu menghalangnya. Sy mula kerapkan diri utk bangkit malam utk solat, memperbanyakkan puasa sunat, dekatkan diri dengan masjid. Dan Alhamdulillah, disaat saya perlukan orang untuk membimbing sy, Allah hantarkan sy seorang roommate. Seseorang yg sgt fasih dan merdu bacaan Al- Quran nya.. Sy rasa begitu malu dan rendah diri bila mendengar bacaan Al- Quran nya, dibandingkan dengan sy masih kurang lancar. Sy minta dia untuk ajarkan dan bantu membetulkan bacaan sy. Alhamdulillah sehingga hari ini, semakin hari, semakin lancar bacaan sy. Betul pesan dia, kalau kita amalkan al-Quran setipa hari, pasti Allah akan tolong lancarkan sebutan dan bacaan kita. Alhamdulillah...

  Janji Allah tu pasti, kalau kita ingin berubah keranaNya, pasti dia akan hantar orang- orang yang baik untuk membantu kita berjalan ke arahnya. Syukur Alhamdulillah, sy sekarang dikelilingi kawan- kawan yang baik yang bila melihat mereka, sy pasti akan teringatkan Allah. Sy bertambah happy bila lihat mak dan ayah sy sgt gembira dan bersyukur dengan perubahan sy. Sy gembira dapat mengembirakan hati mereka. Jika dulu sy bertudung hanya sekadar bertudung dikepala, tapi sejak hidayah Allah itu datang, sungguh sy terasa sangat malu dengan diri sy sendiri. Sy malu jika berpakaian ketat atau bertudung pendek. Sy malu, sy tidak mahu lagi keluar dengan hanya menutup kepala, sedangkan tubuh badan dibiarkan menjadi santapan mata- mata jahat sang lelaki. Sy cuba menjaga aurat sy semampu mungkin..
  Walaupun sudah hampir setahun berlalu, namun sehingga ke hari ini, kadang- kadang bila teringat masa lalu, dosa lama, sy masih lagi menagis dalam bersendirian. Hanya pada Allah sy mengadu penyesalan sy. Tapi sy tetap bersyukur pada Allah, sy tak mampu utk ubah masa silam sy, Cuma pada sy, jika dosa- dosa lama ini mampu buat sy sentiasa rasa rendah diri pada Allah, sentiasa berasa berdosa dan sentiasa buat sy ingin berisgtifar kepada Allah, sungguh sy redha dan bersyukur padaMu Allah. 

  Buat pembaca, pasti ada yang pernah melalui zaman atau detik hitam yang akan sentiasa melekat dalam ingatan kita. Walau sejauh mana kita telah berubah dan bergerak ke hadapan, kadang- kadang kita pasti tersungkur pabila teringat masa silam yang dulu. Kadang- kadang masa silam itu pasti menbuatkan kita menangis dengan penuh penyesalan. Di sini sy ingin kongsikan antara hadis, ayat Al-quran dan kata- kata semangat. Semoga bermanfaat. Dan ingatlah untuk sentiasa bersyukur kerana ALLAH PILIH KITA UNTUK KEMBALI KEPADANYA.


“Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar“ 
(Surah Al-Anfaal ; 46) 


sabda Nabi s.a.w:

إحرص على ما ينفعك, واستعن بالله ولا تعجز, فإن أصا بك شيء فلا تقل: لو أني فعلت كذا وكذا لكن كذا وكذا, ولكن قل: قدر الله وما شاء فعل, فإن (لو) تفتح عمل الشيطان


Berusahalah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu, dan mintalah pertolongan Allah dan janganlah sampai kamu lemah (semangat). Jika sesuatu menimpamu, janganlah engkau berkata ‘seandainya aku melakukan ini dan itu, niscaya akan begini dan begitu.’ Akan tetapi katakanlah ‘Qodarullah wa maa-syaa-a fa’ala (Allah telah mentakdirkan segalanya dan apa yang dikehendaki-Nya pasti dilakukan-Nya).’ Karena sesungguhnya (kata) ‘seandainya’ itu akan mengawali perbuatan syaitan.” 
(Shahih, riwayat Muslim) 



Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

لا يؤمن عبد حتى يؤمن بالقدر خبره وشره حتى بعلم أن ما أصابه لم يكن ليخطئه وأن ما أخطأه لم يكن ليصيبه


“Tidak beriman salah seorang dari kalian hingga dia beriman kepada qadar baik dan buruknya dari Allah, dan hingga yakin bahwa apa yang menimpanya tidak akan luput darinya, serta apa yang luput darinya tidak akan menimpanya.”
(Shahih, riwayat Tirmidzi) 


Nabi saw bersabda,
“Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takutkan Allah sampai susu [yang telah diperah] dapat masuk kembali ke tempat keluarnya.”
 (Imam Tirmidzi ). 


Kata- kata Dr. Maza:- 

“Bila sedih datang, manusia mula runsing. Mula mencari jalan bagaimana nak keluar daripada sedih, bgaimana nak keluar dari dukacita dalam kehidupan. Ramai orang yang menemui Allah, dan mencari Allah ketika dia sedih. Dan tak ramai orang mencari Allah ketika dia gembira. Walaupun kita tak disuruh mencari sedih, tapi sedih Berjaya membawa orang berjumpa Allah.”

No comments:

Post a Comment

Thx 4 da comments...!