Monday, May 14, 2012

Tunjuk Aku Jalan Ke Syurga- SOLAT ADALAH KEKUATAN KU-

Sumber :AZni



Saya rasa saya terdorong untuk berubah lepas saya start sembahyang balik. Masa bulan puasa saya rajin ikut ayah pergi teraweh semua. Ade one time tu, lepas teraweh ada bagi tazkirah pasal tutup aurat semua. Masa balik tu, atas motor dengan ayah, ayah cakap sambil pandang ke langit macam tu, “Ya Allah kau berilah hidayah kepada anak-anak aku supaya menutup aurat”. Saya gelak je time tu padahal dalam hati saya… Tuhan je tahu. Sedih sangat. Tinggi betul harapan ayah kat saya tapi saya buat apa kat ayah? Terbayang ayah dahla susah payah carik rezeki untuk kitorang satu family, lepas tu saya tambah pulak dosa ayah tak tutup aurat. Ayah dah banyak kali tegur. Ayah selalu marah kalau saya pakai baju dedah dada sikit, lengan pendek semua. Saya cuma jawab, belom tiba masanya je. Kesian ayah :’( mungkin doa ibu bapa pun mendorong saya untuk berubah… sebab doa dorang kan termakbul..

Lepas tu bila saya start sembahyang balik, saya rasa macam tak cukup. Macam ada something missing. And rasa macam hidup still tak selamat, tak lengkap walaupon dah sembahyang. Lepas tu saya terfikir, mungkin inilah masanya…
Lagipun tak tahu la, time tu saya rasa malu dengan diri saya. Malu dengan orang sekeliling. Malu and rasa bersalah kat kawan lelaki saya sebab saya dorang berdosa terpaksa tengok aurat saya. Saya rasa malu bila orang pos macam-macam dekat facebook pasal aurat. Malu dengan kawan-kawan yang lagi muda yang dah jauh tinggalkan saya. Saya yang tua ni? Still, tak sedar diri. Saya selalu terbayang kalau saya mati nanti macam mana? Kalau tak sempat nak bertaubat? Kalau tetiba kiamat esok macam mana? Sempat ke? Saya rajinkan diri saya dengar ceramah, baca artikel-artikel Islamik semua. 








Saya rasa saya ni hina, nama je Islam tapi tak tunjuk pun yang saya ni Islam. Padahal saya rasa saya dah burokkan agama saya sendiri dengan tak tutup aurat, perangai tah pape semua. Kawan international students tanya saya Islam ke? Saya jawab ha’aa. Then dia tanya nape tak cover hair. Saya jawab dengan chill je saya ni degil, disobey God’s rule. Bila pikir-pikir balik, tu jawapan paling bodoh and memalukan Islam je. Rasa hina giler. :’(
Saya rasa bersalah,malu,berdosa sangat bila masuk masjid tak pakai tudung. Tak tutup aurat sempurna. Tapi saya nak tumpang sembahyang je. Makin lama saya makin bertekad dalam hati nak pakai tudung. Saya beli tudung sikit-sikit, tengok video nak pakai shawl semua macam mana. Lepas tu, saya plan bila nak start. Masa bila yang sesuai. Lepas tu, masa raya korban saya start pakai. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. (Wikipedia). Saya nak menjalankan perintah Allah kerana nak mendekatkan diri kepada-Nya. So Alhamdulilah lepas hari raya korban 2011 saya start pakai sampai la sekarang tak bukak-bukak. J

Lepas pakai tudung, saya tak pernah rasa malu lansung. Padahal saya rasa bangga, lega, selamat bila dah pakai tudung. Saya rasa tenang sangat. Macam dah tak payah pikir apa-apa dah. Bangga sebab dapat tunjuk yang saya ni betul-betul seorang Islam. Saya bangga saya Islam. Bila pakai tudung orang pun dah takde gatal-gatal sangat. Orang lain pun bertambah hormat kat kita, dorang pun paham-paham nak jaga batas dengan kita. Aman je rasa. Bila tak tutup aurat saya rasa malu. Bila lengan saya terlipat ke, tudung nampak rambut ke, toncet kat kepala tinggi sangat ke.. tu semua buat saya rasa malu.
Masa saya nak pakai tudung tu, saya luahkan kat ibu, kakak and kawan rapat saya je. Kiranya macam saya dengan kakak saya sekali naik la. Kitorang share idea macam mana nak pakai tudung, baju apa sesuai tak sesuai semua. kawan rapat pun sama, saya mintak tunjuk ajar macam mana nak pakai shawl, tudung semua. mula-mula tu memang la semangat, nak try fashion tu, fashion ni. Tapi lama-lama saya pikir what for la semua tu. Saya berubah sebab Tuhan saya, so saya kena impress Dia bukan impress manusia. So saya dah tak kesah saya pakai burok ke pakai tudung serabut beruk ke sebab I dress to impress my creator, not His creation.

Mula-mula tu memang tak dinafikan susah jugak. Yela, mane ade banyak baju lengan panjang, seluar longgar semua, baju pon pendek. seluar semua skinny. Tapi Allah permudahkan urusan saya mungkin sebab niat saya ikhlas nak berubah untuk Dia, lama-lama saya okay je boleh je biasakan diri. Now no more skinny and short or quarter sleeve.  Cuma now kena kurangkan ketat-ketat. Banyakkkkk lagi nak kena improve.
Halangan tu memang tak dinafikan agak mencabar la. Saya ni kasar orangnya. Suka mencarut, gelak kuat-kuat, sendawa, no manners la. Tapi bila dah pakai tudung takkan nak mencarut tak tentu hala lagi kan? Conflict diri sendiri tu saya kena lawan. Tapi Alhamdulilah sekarang mencarut dah kurang, tinggal sendawa and gelak kuat-kuat tu je. Hehe.. lepas tu normal la gegirls ni suka gossip2 kan? Benda tu memang susah jugak nak kawal. Kadang2 kita tak perasan yang sebenarnya kita sedang aibkan seseorang padahal kita rasa benda tu kita sekadar nak bercerita je,nak berkongsi cerita. Banyak lagi yang saya kena belajar. Jujurnya saya rasa bukan senang nak jadi orang baik. Saya nak sangat jadi orang baik sebab hanya orang baik yang ada kat dalam syurga nanti kan. Saya dah pakai tudung, dah jalankan suruhan dia, apa salahnya saya usaha lagi supaya kat akhirat nanti saya boleh hidup bahagia? saya pikir macam tu. Tapi… banyak halangan dia. Manusia, syaitan, nafsu sendiri. 

Manusia yang selalu menguji kesabaran saya, buat saya sakit hati, buat hati and otak saya dok pikir pasal kejahatan yang dia dah buat and keep on buat kat saya. Sepatutnya kalau saya nak jadi orang baik saya tak boleh macam tu. Saya kena banyakkan bersabar, jadi pemaaf. Saya tahu, Allah temukan saya dengan orang-orang macam ni dalam hidup saya sebab nak uji tahap kesabaran and keimanan saya terhadap Dia. Saya tahu tu. Saya kena lebih kuat untuk menghadapi manusia macam ni…
Halangan lain yang saya rasa adalah bila.. boyfriend kita tak boleh terima perubahan kita. Orang yang kita sayang, harapkan jadi bakal suami, tak boleh nak terima yang kita dah pakai tudung, kena jaga batas-batas yang dulunya tak terbatas. Tapi saya cuba hadapi dugaan ni dengan penuh kesabaran. Memang kalau ikutkan perempuan lain dah tinggal dah lelaki macam ni. Tapi saya paham, mula-mula memang susah nak terima. Kami sama-sama jahil dulu. Kami dah terbiasa dengan kehidupan dalam dunia kami sendiri. Tiba-tiba hilang macam tu je. Sekarang saya yang bergerak ke hadapan dulu, saya cuba ajak dia gerak sama-sama. Kalau dulu kami selalu keluar berdua tak pernah singgah surau or masjid untuk solat. Tapi now Alhamdulilah.. dia cuba terima perubahan saya and dia pun cuba nak berubah ke arah itu jugak. Tapi dalam masa yang sama, saya kuatkan hati saya untuk sayang and cinta Allah melebihi sayang and cinta saya kepada manusia. Mungkin dulu saya terlalu agungkan cinta manusia sampai cinta kepada Dia saya abaikan. 

Saya nak perbaiki diri saya, hati saya. Saya tahu, manusia, haiwan kesayangan saya semua akan tinggalkan saya suatu hari nanti. Itu pasti. Tapi Allah, takkan pernah tinggalkan saya. Saya kena selalu berusaha mendekatkan diri kepada Dia. Kalau ada jodoh kami, ada la. Kalau takde, saya tahu Allah dah ready dah jodoh yang terbaik untuk saya. Kalau tak sempat jumpa kat dunia, kat ahirat tu ada dah yang menunggu. Sesungguhnya, perancangan dia adalah yang paling terbaik. Pasal hubungan saya dengan boyfriend saya ni, sekarang kami memang sangat pudar. Jumpa pun dah jarang sangat2, cakap telefon,sms semua kurang. Mungkin ini balasan atas dosa-dosa yang kami dah lakukan dulu. Tapi saya tahu, pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Ada baiknya jugak kitorang macam ni je. J

Akhir kata, nasihat saya kepada para pembaca.. usaha lah bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah. Hidayah itu milik Allah. Jangan bagi alasan kata hidayah tak sampai lagi. Hidayah tu dah lama sampai kita sendiri je yang tak usaha cari, dekatkan diri kita dengan hidayah tu. Lepas tu kena sentiasa ingat, semua dugaan, benda berat yang kita rasa dalam hidup kita adalah sebenarnya menunjukkan yang Allah tu sayang kat kita. Allah sayang kita sebab tu Allah duga kita. Nak kita sentiasa ingat kat Dia. Kalau orang yang bahagia memanjang tu, dia rasa dia takde masalah, dia mesti tak carik tempat mengadu masalah so dia maybe tak carik Allah. Macam tu la saya pikir. So bersyukur lah Allah bagi dugaan kat kita…

Bagi saya, perubahan ni kena step by step. Tak perlu nak mendadak sangat sebab khuatir diri kita tak mampu. Lepas satu, satu ubah. Kalau niat ikhlas berubah kerana Dia, InsyaAllah dia akan permudahkan segalanya. Jangan pernah kesah apa orang nak cakap pasal kita. Kita berubah sebab Tuhan kita. Tuhan kita yang patut bagi markah kat kita bukan manusia-manusia yang sama  taraf dia dengan kita. Sekian… Assalamualaikum..

Tunjuk Aku Jalan Ke Syurga-

السلام عليكم








Alhamdulillah dengan izinNya dapat lagi saya menulis blog dan tiada apa yang nak dibicarakan tapi ingin berkongsi kpd rakan pembaca dalam slot TUNJUK AKU JALAN KE SYURGA - SLOT INI MENGISAHKAN bagaimana kenalan/rakan/sahabat saya yang dulu pernah menjalani kehidupan hitam dan dgn izin Allah mereka mendapat HidayahNya melalui pelbagai bentuk. Tujuan saya memaparkan cerita ini adalah utk pembaca berkongsi pegalaman dan juga mengambil iktibar atas setiap yang berlaku.Semoga pendedahan ini mendapat barakah drp Allah sekaligus mengajak pembaca menTAUHID kan Allah serta mencintai Rasulullah saw...
Cerita ini bukan rekaan tapi adalah kenyataan daripada insan2 yang sudi berkongsi pengalaman mereka...syukran jazeelan~

Wednesday, May 9, 2012

DULU AKU~

Dulu Aku.............


Dulu Aku.........seorang yang suka kepada HIBURAN


Dulu Aku......suka tinggal SOLAT


Dulu Aku........tidak menutup AURAT dengan sempurna


Dulu Aku.....bertepuk tampar dengan bukan MUHRIM


Dulu Aku......Lakukan semua perkara yang di LARANG ALLAH & RASUL


Dulu Aku....MELAWAN ibubapa


Dulu Aku......Berkata-kata perkara yang LAGHA


Dulu Aku....suka mempersendakan AGAMA 


Dulu Aku.....JAHIL 


Dulu Aku.....sering melakukan MAKSIAT


walaupun telah dididik dengan ilmu agama tapi


benarlah bahawa IMAN ITU TIDAK DAPAT DI WARISI


.................................................................


Ya Allah Ampunkan Dosa-dosa ku ini,
Jangan Engkau tarik Hidayah yang Engkau beri kan kepada ku ini...........


ameen~

Thursday, May 3, 2012

RAHMAT KASIH MU.....


Salam, Sobha annurrr…
Alhamdulillah krn dgn izinNya saya masih dapat bernafas, beribadat, berkerja, dan juga menulis…
Tdk dilupakan juga selawat dan salam ku utuskan buat Nabi junjungan besar Muhammad s.a.w (Allahhuma salli a’la Saidina Muhammad)…..ketahuilah saya amat merindui kamu wahai rasulullah..
Dari ke hari aku berdayung mengharungi hidup di bumi Mu ya Allah,
Banyak kejahilan yang telah aku lakukan
Dibelenggu dosa-dosa kecil hinggalah besar
Namun ENGKAU tetap memberi aku nikmat hidup yang indah
Namun aku tidak bersyukur lagi
Manusia jenis apakah aku ini.
Ya, aku mengaku aku bersolat
Tapi itupun tak lengkap,yang aku tahu ENJOY dengan MAKSIAT dunia
Mungkin terdapat kecacatan dalam solat ku…….
Ya Allah
Sungguh Aku tersasar jauh dari meningatiMu & mencintai kekasihMu
Namun detik hati kecilku sentiasa beristigfar jika aku teringat kpd Mu dalam keadaan takut & kesusahan,
Kufur nikmat kah aku selama ini?
Ya Allah syukur kerana Engkau telah jodohkan & izinkan aku berkahwin dengan seorang hambaMu
Yang sangat tunduk kepada Mu
Jauh perbezaan kami berdua
Ibarat utara dan selatan jauhnya.
Namun berkat doa  kami
Engkau kurnia kan kami seorang anak lelaki
Hari demi hari 
hati sentiasa meronta-ronta mencari CintaMu Ya Illahi
Sehingga kini  dan selamanya
Banyak lagi yang perlu aku perbaiki 
Ya Allah dekatkan lah, didikanlah, & rahmatilah kehidupan aku

Engkau pandanglah aku dengan RAHMAT MU ya Allah
Janganlah engkau pesongkan hatiku
Tunjukanlah aku jalan yang lurus dan jalan yang ENGKAU redhai
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa aku…….~ AMEEN


“YA TUHAN KAMI, KAMI SUDAH BERIMAN, MAKA AMPUNILAH KAMI DAN BERILAH KAMI RAHMATDAN ENGKAU ADALAH PEMBERI RAHMAT YANG TERBAIK”.

Friday, April 13, 2012

CINTA MUHAMMAD SAW!!!!!!


C.I.N.T.A

Apakah ertinya cinta?

Hadir tanpa di PINTA….!

Hati ingin menerima

Tapi dibatasi Cita…..!!!

CINTA?

sUKAr utk aq melafazkan kata CINTA

kpd manusia…..

kerna jiwa aq berkata

CINTA itu hanya ikhlas kpd

Allah & Nabi Bongsu Rasullulah SAW…..

Tiap kali menyebut ASMA MU YA ALLAH

Bergenang airmataku….kerna setiap maksud nama-namaMu

Menjadikan ku terus mendambakan kasihku padaMu

Ya Rasulullah

Tiap kali ku berselawat pada mu…

Berkaca mataku spt Kristal

Hanya Allah maha Mengetahui

Bagaimana cinta aq pada mu Wahai Kekasih Allah….

Ya Rasulullah syafaatkan aku

Di akhirat sana…..Ameen

Allahhuma salli a'la Muhammad

-bellalakhir-


Friday, March 2, 2012

I.M.A.N


Salam sayiddul aiyam....

berbicara mengenai IMAN?

sedarkah kamu dgn kedudukan IMAN anda stp hari/ stp kali bernafas?

ramai org tdk sedar tahap keIMANANAN mrk pd zmn kini!

manusia hnya sentiasa bertanya ttg kabar sihat@ tidak!

jrg bertanyakan mengenai kabar IMAN seseorg...!

adakah anda MALU dgn pertanyaan sedemikian?

usah malu untuk bertaubat

usah malu utk mendekatkan diri kpd pencipta....

tapi tahukah kita bila Malaikat Izrail akan mencabut nyawa kt?

bersediakah kt menjawab soalan2 Malaikat ketika kt di tinggalkan oleh shbt handai/harta di dunia?

AYUH RAKAN2 PEMBACA mulakan hari2 anda dgn bertaubat!

dekatkan diri kpd ALLAH

berselawat ke atas Rasulullah Saw

XRUGI kalau kita membuat/mengaut/mengumpul kebaikan di dunia utk SAHAM DI AKHIRAT!!!!

INNALAHA MA'ANA!~!!!

wa'allahu 'alam

bellaalkhir


Monday, February 20, 2012

Aku..DIA & Redha!!!


Apabila kisah silam kembali perlahan2 bermain dalam perasaanku
....................pelbagai tanda tanya yg berlegar2 di otak ku
....................redha dgn apa yg telah ALLAH berikan
....................wlpun kau penah singgah kat hidup aku
....................kau terpaksa pergi dan jauh dari ku
....................sedar,sedar, aq bukan semulia yg kau sangkakan
...................daif hina itulah diriku
....................terima kasih kerna DIA adalah penyelamat hidup aku...................
***end***
~bellaalkhir~